Pakej inap desa rancakkan kembali pelancongan domestik

Pakej inap desa rancakkan kembali pelancongan domestik. [Newspaper] (2021)



Abstract

BUTTERWORTH: Pakej promosi inap desa menerusi platform digital dijangka dapat merancakkan kembali industri pelancongan domestik yang terjejas ekoran Covid-19. Pemangku Pengarah Pelancongan Malaysia Wilayah Utara, Yoganthiran Manikam berkata, aplikasi yang dibangunkan Tourism Malaysia itu dapat menarik lebih ramai pembabitan pengusaha inap desa yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Ujar beliau, sebanyak 20 pakej inap desa sudah dirangka melalui 10 Kluster Program Pengalaman Homestay Malaysia di Pulau Pinang setakat ini. “Program ini membolehkan pelancong tinggal bersama tuan rumah dan mendalami gaya hidup serta mempelajari kebudayaan masyarakat kampung. “Memandangkan kita masih berperang dengan Covid-19, langkah keselamatan diperincikan bagi memastikan semua pengusaha homestay dan pelancong mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa aktiviti berlangsung,” katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Domestic tourism, Homestay, Cultural tourism
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 12 Jul 2021 05:23
Last Modified: 12 Jul 2021 05:24
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item