Dasar 4IR negara bantu Malaysia maju dalam ekosistem digitalisasi. [Newspaper] (2021)
Abstract
KUALA LUMPUR: Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (Dasar 4IR Negara) yang dilancarkan Khamis lalu menjadi satu dasar penting untuk dilaksanakan dalam usaha menyelaraskan semua inisiatif kerajaan bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam ekosistem digitalisasi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata Dasar 4IR Negara itu akan memberi faedah kepada rakyat, sektor perniagaan dan kerajaan. Beliau berkata, fokus kerajaan juga bagi meningkatkan kesedaran pentingnya rakyat menerima guna teknologi seiring perkembangan semasa yang turut berlaku di seluruh dunia. "Kita tidak banyak mencipta teknologi seperti negara maju iaitu China, Jepun, Korea Selatan dan Eropah. Jadi, kita berharap mempunyai lebih ramai rakyat Malaysia mampu mencipta dan mewujudkan teknologi menerusi Dasar 4IR Negara," katanya dalam temu bual dalam program Malaysia Hari Ini diterbitkan TV3.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Ekosistem digitalisasi, Dasar 4IR, Electronic Commerce, Economic growth, Industrial relations, Internet of thing |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Economics By Subject > Business & Management > Human Resource By Subject > Business & Management > Marketing By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 12 Jul 2021 05:40 |
Last Modified: | 12 Jul 2021 05:40 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |