PLUS Malaysia lantik CTO baharu

PLUS Malaysia lantik CTO baharu. [Newspaper] (2021)



Abstract

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengumumkan pelantikan Kang Yew Jin sebagai Ketua Pegawai Teknologi (CTO) baharu. Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, pelantikan Yew Jin selaras dengan hasrat PLUS untuk terus berusaha meningkatkan penggunaan aplikasi data raya dalam memperbaiki dan melancarkan operasi di masa hadapan. “Ia dilihat sebagai langkah strategik mendorong matlamat syarikat memanfaatkan penggunaan data raya dalam operasi hariannya dan meneruskan kejayaan mereka sebagai penerima Anugerah Transformasi Digital oleh Syarikat Data Antarabangsa (IDC) 2020,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Dalam pada itu, Yew Jin menyatakan rasa teruja kerana dapat berkhidmat dengan PLUS yang memberikannya peluang untuk menyumbang ke arah penambahbaikan pemodenan aset ikon negara serta melihat bagaimana penggunaan teknologi dan data dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kemampuan lebuhraya tol terbesar di Malaysia.

Item Type: Newspaper
Keywords: Decision making, Project management, Big data
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Jul 2021 18:15
Last Modified: 07 Jul 2021 18:15
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item