CCRIS: sumber rujukan untuk pengurusan kewangan yang efektif

CCRIS: sumber rujukan untuk pengurusan kewangan yang efektif. [Newspaper] (2021)



Abstract

Sekiranya anda pernah memohon pinjaman dengan pihak bank, barangkali anda pernah mendengar mengenai laporan CCRIS. Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau lebih dikenali sebagai CCRIS (Central Credit Reference Information System) merupakan satu laporan kredit yang mengumpulkan segala maklumat pinjaman semasa individu dan syarikat yang dibuat bersama-sama dengan institusi-institusi kewangan dibawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM). Institusi kewangan ini termasuklah Bank Perdagangan, Bank Islam, Institusi Kewangan Pembangunan, Syarikat Insurans, Pengeluar Instrumen Pembayaran, Institusi Pemulihan, Perniagaan Kredit yang berdaftar dibawah CCRIS dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Laporan kredit ini memaparkan maklumat berkaitan jenis pinjaman, jumlah pinjaman, jumlah ansuran bulanan dan pembayaran balik pinjaman. Maklumat ini akan digunakan sebagai rujukan oleh institusi kewangan untuk mendapatkan sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam.

Item Type: Newspaper
Keywords: Institusi kewangan, Laporan kredit, Maklumat peminjam, Financial statement, Central Credit Reference Information System (CCRIS), Informative retrieval, Consumer personality
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 12 Jul 2021 17:31
Last Modified: 12 Jul 2021 17:31
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item