Karekteristik catan yang menjadi keutamaan penghayat di Malaysia : konseptual framework

Karekteristik catan yang menjadi keutamaan penghayat di Malaysia : konseptual framework. Idealogy Journal, 2 (1). pp. 65-69. ISSN 2550-214X (2016)



Abstract

Estetika merupakan salah satu cabang bidang falsafah berkenaan dengan menjelaskan kepada umum mengenai maksud keindahan. Menurut Leo Tolstoy keindahan adalah sesuatu yang dapat menimbulkan rasa damai atau menyenangkan apabila dilihat. Karya seni khususnya catan dihasilkan dengan pelbagai tujuan seperti merakam, ekspresi peribadi, membincangkan perihal keintelektualan dan yang paling utama adalah untuk meluahkan rasa keindahan oleh pelukis. Catan dihasilkan adalah untuk dipamerkan kepada masyarakat untuk dihayati dan dikongsi mengenai rasa kedamaian dan ketenangan di dalam mencapai kepuasan pancaindera. Bagi mencapai kesefahaman untuk merasa kedamaian dan ketenangan, penghayat perlu faham dalam menilai sesuatu karya catan. Kajian ini cuba meneliti beberapa faktor karekteristik yang perlu ada di dalam sesebuah karya catan bagi memenuhi kesepakatan (mengenai keindahan) diantara pelukis dan penghayat. Karekteristik yang digariskan dalam satu konseptual framework bagi melihat faktor-faktor yang kuat bagi menarik minat penghayat untuk menghayati keindahan serta membeli sesuatu karya catan. Karekteristik ini juga mampu menjelaskan citarasa serta minat penghayat seni catan di Malaysia serta boleh digunapakai oleh pelukis sebagai panduan untuk menghasilkan karya catan yang mampu memenuhi rasa keindahan oleh penghayat. Faktor- faktor karekteristik yang digariskan bagi membina konseptual framework ini adalah warna, komposisi, rupa dan typography (text).

Item Type: Article
Keywords: Karakteristik seni catan, Konseptual framework, Estetika, Aesthetic
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fine Art
By Subject > Art & Design > Fundamental Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 01 Oct 2021 23:16
Last Modified: 06 Oct 2021 08:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item