Pelan dinamik

Pelan dinamik. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilihat sebagai pelan yang dinamik bersesuaian keadaan semasa untuk secara berfasa keluar daripada krisis Covid-19 yang dihadapi bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia.

Penambahan pusat pemberian vaksin (PPV) secara besar-besaran dan pemberian vaksin yang bergerak proaktif di kawasan pedalaman dijangka membantu negara beralih ke fasa seterusnya di bawah PPN.

Sehingga kini, enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Pulau Pinang sudah memenuhi tiga nilai ambang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Pada masa sama, negeri lain turut menunjukkan pencapaian positif dan dari segi keupayaan sistem kesihatan awam. Pakar Perubatan Kesihatan Awam Prof Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani berkata, dengan peningkatan kadar vaksinasi, beliau menjangkakan hasrat kerajaan mencapai peratusan yang tinggi menjelang akhir tahun ini akan tercapai.

Item Type: Newspaper
Keywords: Vaccine, Prosedur operasi standard (SOP), Imuniti berkelompok, Pandemic
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Biology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 12 Jul 2021 17:03
Last Modified: 12 Jul 2021 17:03
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item