Audit UNESCO penentu status Tasik Chini

Audit UNESCO penentu status Tasik Chini. [Newspaper] (2021)



Abstract

TASIK Chini yang terletak di Pahang terkenal dengan legenda Naga Seri Gumum, Naga Seri Pahang dan Naga Seri Daik yang dikatakan pernah menghuninya. Ia juga terkenal dengan legenda tamadun Khmer yang dikatakan tenggelam dalam tasik ini. Sebagai tapak rizab biosfera pertama di negara ini, ia sepatutnya berfungsi sebagai tapak pemuliharaan dan konservasi kepelbagaian biologi, selain menyokong pembangunan lestari membabitkan ekonomi penduduk setempat, bukannya semakin pudar keseriannya akibat aktiviti penerokaan tanah dan perlombongan bijih besi yang berleluasa. Ramai tidak mengetahui kepentingan mengekalkan Tasik Chini, hatta tidak mengambil endah pun kewujudannya. Di seluruh dunia, terdapat 651 tapak rizab biosfera dari 120 negara dengan Tasik Chini diwartakan sebagai tapak rizab biosfera kerana kekayaan kepelbagaian flora dan faunanya. Dengan kekayaan kepelbagaian biologi yang dimiliki ini, maka Tasik Chini yang merupakan tasik air tawar kedua terbesar negara selepas Tasik Bera muncul sebagai antara destinasi ekopelancongan utama di Malaysia. Ternyata dengan ‘kekayaan’ yang dimiliki ini, Taman Negeri Tasik Chini sewajarnya diangkat sebagai produk pelancongan bertaraf antarabangsa.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kelestarian alam sekitar, Biodiversiti, Rizab biosfera, Flora dan fauna, Hutan simpanan kekal
Taxonomy: By Subject > Applied Sciences > Biology
By Subject > Applied Sciences > Environmental Technology
Local Content Hub: Subjects > Applied Sciences
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 12 Jul 2021 15:29
Last Modified: 12 Jul 2021 15:29
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item