Media fotografi sebagai platform kempen pilihan raya menerusi media cetak dan sosial di Malaysia

Media fotografi sebagai platform kempen pilihan raya menerusi media cetak dan sosial di Malaysia. Idealogy Journal, 2 (1). pp. 134-141. ISSN 2550-214X (2017)



Abstract

Dunia politik dan elemen komunikasi visual sememangnya tidak dapat dipisahkan khasnya semasa tempoh kempen sesuatu pilihan raya rancak dijalankan. DI Amerika Syarikat sebagai contohnya, komunikasi visual seperti media gambar telah lama dipraktikkan dalam kempen-kempen pilihan raya Presiden. Begitu juga di Malaysia, gambar-gambar kempen melalui akhbar bercetak Juga merupakan kaedah yang sudah telah digunapakai bagi tujuan pemasaran sesebuah parti politik dan lanya semakin popular digunakan sewaktu pilihan raya umum (PRU) ke 10 (1999). Kini di era teknologi pemaparan foto mengenal berita-berita kempen Juga mudah dilihat dan akses oleh masyarakat di media-media sosial. Malahan sejak PRU ke 12 (2008) peranannya telah mula menjadi trending dan digunakan secara meluas di media-media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram, whats-app, youtube dan portal rasmi yang dimiliki oleh calon-calon parti untuk melaporkan pekembangan semasa dan pelbagal aktiviti parti. Fenomena ini juga bukan sahaja memberi suasana yang baru dalam pembentukan sikap dan pandangan terhadap politik tempatan. Malahan merupakan cabaran besar buat kerajaan dalam menangani serta mengawal maklumat yang benar dan tepat yang bakal sampai kepada masyaraka Justru itu, artikal ini cuba meneliti apakah perbezaan elemen-elemen koleksi visual, teknik dan corak persembahan diantara kedua-dua media Ini dalam strategi meraih ketarikan masyarakat semasa proses berkempen.

Item Type: Article
Keywords: Fotografi, Kempen pilihanraya, Visual communication
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Graphic Communication
By Subject > Art & Design > Creative Photomedia
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 01 Oct 2021 23:18
Last Modified: 06 Oct 2021 02:55
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item