KPWKM terus santuni golongan memerlukan

KPWKM terus santuni golongan memerlukan. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) meneruskan langkah menyantuni komuniti dengan mengagihkan barangan keperluan asas, khususnya bagi kumpulan sasar. Agihan itu dilakukan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek di sini, diselaraskan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, melalui usaha itu JKM juga menjadi pemudahcara untuk menyediakan barangan keperluan khusus lain seperti ubat-ubatan atau barangan bayi. "KPWKM melalui Kembara Prihatin Negara (KPN) mengagihkan barangan asas seperti beras, gula, minyak masak dan keperluan lain. Ia bakal memanfaat kepada lebih 200 ketua isi rumah di kawasan berkenaan."Tidak hanya setakat itu, JKM juga menyediakan khidmat sokongan kaunseling untuk terus memastikan tanggungjawab menjaga kebajikan kumpulan sasar tidak pernah terhenti," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pembangunan komuniti, Kumpulan sasar, Kembara Prihatin Negara (KPN), Sosiologi, Pengurusan Awam
Taxonomy: By Subject > Administrative Science & Policy Studies > Administrative Science
Local Content Hub: Subjects > Administrative Science & Policy Studies
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 12 Jul 2021 18:05
Last Modified: 12 Jul 2021 18:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item