Pereka grafik sambilan dan permasalahan

Pereka grafik sambilan dan permasalahan. Idealogy Journal, 2 (1). pp. 47-50. ISSN 2550-214X (2016)



Abstract

Antara masalah yang selalu ditempuhi oleh seorang pereka sambilan adalah apabila mereka tidak mempunyai dokumen yang rasmi untuk berunding kontrak dengan pelanggan dalam menjaga hak cipta terpelihara 'Intelectual Property untuk setiap rekaan mereka bagi kerja-kerja yang berprofil tinggi. Permasalahan ini telah ditulis dalam penulisan buku bertajuk "Copyright, Contracts, Creators: New Media, New Rules yang ditulis oleh Giuseppina D'Agostino (2010). Permasalahan yang sama dipanggil legal issue oleh beberapa penulis buku yang berbeza mengenal isu Intelektual Property termasuklah penggunaan copyrights, trademark dan patent. Menurut Shel Perkins di dalam penulisan bukunya yang bertajuk "Business Secrets For Designer pada tahun 2010, bagi mengelakkan isu hak cipta ini berlaku, pereka grafik di negara United States telah diwujudkan satu organisasi yang dinamakan AIGA (American Institute of Graphic Art) yang sentiasa memantau dan menjaga karya-karya dan kerja pereka grafik di sana. Setiap pereka grafik sepenuh masa atau pereka grafik sambilan hanya perlu menandatangani perjanjian yang dinamakan AIGA Standards Form of Agreement For Design Services bagi memastikan setiap hasil kerja mereka terkawal dan bebas daripada isu peniruan hasil kerja pereka grafik yang lain. Perjanjian ini merupakan salah satu langkah yang telah diwujudkan dalam melindungi karya dan hak-hak seorang pereka grafik.

Item Type: Article
Keywords: Pereka Sambilan, Hak cipta, Grafik, Written professional documents
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fundamental Art
By Subject > Art & Design > Graphic Communication
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 01 Oct 2021 23:16
Last Modified: 06 Oct 2021 07:52
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item