Teknologi mobile menerusi ikon dan simbol dalam seni arca

Teknologi mobile menerusi ikon dan simbol dalam seni arca. Idealogy Journal, 2 (1). pp. 99-106. ISSN 2550-214X (2016)



Abstract

Telefon mudah alih merupakan objek konsumer yang penting di dalam kehidupan harian manusia. Istilah telefon pintar mewakili fungsi telefon mudah alih kini yang bukan lagi disifatkan sebagai alat komunikasi tetapi ditambah dengan fungsi hiburan dan sebagai alat bantuan peribadi. Pengguna dihubungkan dengan telefon pintar melalui aplikasi program yang direka bagi memenuhi keperluan pengguna. Aplikasi program yang menggunakan ikon, imejan grafik dan simbol bagi mewakili sesuatu program. Penggunaan ikon, imejan grafik dan simbol merupak unsur penting bagi menjelaskan interaksi komunikasi diantara pengguna dan telefon pintar. Kajian ini melihat penggunaan ikon dan simbol yang mempengaruhi gaya hidup digital dengan menyelidik beberapa karya pelukis yang menggunakan ikon dan simbol didalam penghasilan karya arca dan campuran. Seni merupakan alat perakam sejarah dimana pelukis cuba mengupas isu-isu yang wujud disekelilingnya. Pelukis kontemporari tidak hanya meneliti alam semulajadi sebagai subjek didalam penghasilan karya tetapi lebih cenderung untuk melihat isu-isu semasa yang beriaku disekelilingnya. Kekuatan ikon dan simbol yang mewakili aplikasi mampu menyampaikan makna dalam bentuk komunikasi visual dengan lebih jelas. Penggunaan ikon dan simbol pada telefon pintar mampu digunapakai bagi menghasilkan karya seni visual yang mencerminkan realiti kehidupan masyarakat kini.

Item Type: Article
Keywords: Arca, Teknologi Mobile dan Simbol, Sculpture
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Decorative Arts
By Subject > Art & Design > Fine Art
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 01 Oct 2021 23:18
Last Modified: 06 Oct 2021 02:24
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item