Perkeso yakin realisasikan 180,000 penempatan pekerjaan baharu. [Newspaper] (2021)
Abstract
Kuala Lumpur: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yakin dapat merealisasikan 180,000 penempatan pekerjaan baharu, selain mengekalkan 2.5 juta pekerja dalam pekerjaan, melalui pelaksanaan beberapa inisiatif di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) sehingga 31 Disember ini. Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, bagi memastikan sasaran itu tercapai, agensi berkenaan akan terus memperkasa program penawaran pekerjaan termasuk menambah bilangan temu duga terbuka. "Untuk tahun ini, Perkeso sudah menjalankan lebih 1,168 program temu duga dalam talian, manakala hampir 950 program temu duga lagi dijangka dilaksanakan secara dalam talian dan fizikal sehingga Disember ini. "Tumpuan diberikan kepada temu duga secara maya sehingga temu duga fizikal dibenarkan," katanya ketika sidang media secara maya hari ini. Mohammed Azman berkata, menerusi Perkhidmatan Pekerjaan Awam Perkeso juga, pelbagai inisiatif sudah dirangka bagi separuh kedua tahun ini, bertujuan menyediakan lebih akses kepada para pencari kerja di kawasan bandar dan luar bandar.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Human resource management, Recruitment and selection, Portal MYFutureJobs, E-Service quality, Insentif kerajaan |
Taxonomy: | By Subject > Business & Management > Human Resource By Subject > Business & Management > Marketing |
Local Content Hub: | Subjects > Business & Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 12 Jul 2021 16:13 |
Last Modified: | 12 Jul 2021 16:13 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |