Micron yakin prospek perniagaan di Malaysia

Micron yakin prospek perniagaan di Malaysia. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Micron Malaysia yang membuat pelaburan sehingga RM1.5 bilion dalam tempoh 10 tahun, amat yakin dengan prospek masa depannya di negara ini, dirangsang oleh gelombang positif sektor semikonduktor dan ekonomi digital. Naib Presiden dan Pengurus Negara Micron Malaysia, Amarjit Singh Sandhu, berkata syarikat itu, sebuah entiti di bawah Micron Technology Inc yang tersenarai di Nasdaq, pertama kali mengumumkan rancangan pelaburannya di Pulau Pinang, khususnya di Batu Kawan pada 2018 dengan merancang menubuhkan Pusat Kecemerlangan (CoE) Micron untuk pemasangan dan ujian pemacu keadaan pepejal (SSD). "Terdapat banyak aspek berbeza dalam ekonomi digital serta ada pelbagai aplikasi, baik 5G, pertumbuhan pusat data, permainan, peranti untuk pembelajaran dalam talian, e-dagang dan sebagainya. Kami mengambil bahagian dalam semua sektor yang berbeza ini. "Semikonduktor sangat penting dari segi keperluan ekonomi digital dan hala tuju dunia. Justeru, kami sangat yakin dari segi potensi dan peluang pertumbuhan kami, khususnya dalam pasaran ini," katanya kepada Bernama.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pelaburan, Ekonomi digital, Marketing Mix, Pemacu keadaan pepejal (SSD), Semikonduktor
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 12 Jul 2021 16:05
Last Modified: 12 Jul 2021 16:05
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item