JDMas Commerce rakan platform belanjawan 2021

JDMas Commerce rakan platform belanjawan 2021. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: JDMas Commerce, pengendali stor perdana Malaysia di JD Worldwide, disenarai sebagai rakan platform Belanjawan 2021, inisiatif di bawah Kementerian Kewangan dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Belanjawan 2021 ataupun B2021 menampilkan dua inisiatif yang unik untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro, iaitu Go-eCommerce Onboarding dan Shop Malaysia Online (SMO). Inisiatif terbabit mempunyai objektif untuk membantu perniagaan dan jenama Malaysia untuk mengguna pakai perdagangan atas talian (e-dagang) sebagai kaedah baharu untuk menjalankan perniagaan, di samping meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa. JDMas telah dikenal pasti mempunyai keupayaan dan kecekapan untuk menjalankan transformasi perniagaan melalui perniagaan atas talian rentas benua secara B2C (perniagaan kepada pengguna) menerusi platform dan rangkaian JD.com, peruncit secara dalam dan luar talian terbesar di negara China dan ketiga besar di dunia.

Item Type: Newspaper
Keywords: Platform e-dagang, Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Pasaran antarabangsa, Produk tempatan, Promosi dan pemasaran digital
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Marketing
By Subject > Entrepreneurship > Electronic Commerce
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 12 Jul 2021 16:26
Last Modified: 12 Jul 2021 16:26
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item