PLUS Malaysia beri bantuan tambahan kepada peniaga R&R

PLUS Malaysia beri bantuan tambahan kepada peniaga R&R. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan memberi bantuan tambahan kepada rakan niaganya di kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuh raya itu yang terjejas berikutan pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bantuan berbentuk pengurangan sewa bulanan selama tiga bulan terbabit akan diberikan kepada semua rakan niaga dan pengendali perniagaan sementara bermula Ogos hingga Oktober yang akan datang. Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid berkata, bantuan berkenaan termasuk pengecualian sewa bulanan untuk semua rakan niaga di R&R Gelang Patah (Arah Utara dan Selatan) susulan penutupan sementara sempadan Malaysia-Singapura. Katanya, PLUS juga akan melanjutkan pengecualian sewa bulanan selama dua minggu kepada rakan niaga yang terjejas berikutan pengumuman kerajaan yang melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD) di Selangor.

Item Type: Newspaper
Keywords: Peniaga kecil, Sewa bulanan, Pengusaha tempatan, Incentive Planning, Electronic commerce
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Human Resource
By Subject > Business & Management > Marketing
By Subject > Entrepreneurship > Electronic Commerce
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 12 Jul 2021 17:09
Last Modified: 12 Jul 2021 17:09
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item