580,000 PMKS berisiko gulung tikar

580,000 PMKS berisiko gulung tikar. [Newspaper] (2021)



Abstract

SEKTOR perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) umpama telur di hujung tanduk sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini berterusan. Berdasarkan survei dijalankan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac), dianggarkan 580,000 perniagaan, mewakili 49 peratus dari sektor PMKS berisiko menutup perniagaan menjelang Oktober depan sekiranya mereka masih tidak dibenarkan beroperasi. Penutupan perniagaan itu secara tidak langsung membawa makna lebih tujuh juta rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan. Malah, jika diambil kira setiap pekerja mempunyai dua tanggungan, maka kehilangan pekerjaan seorang individu mengakibatkan 14 juta orang lagi turut menerima kesan langsung. Menteri Medac, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini adalah kebenaran yang pahit untuk ditelan namun perlu disuarakan bagi membayangkan keadaan sebenar dihadapi usahawan PMKS. "Kegagalan untuk menyelesaikan masalah ini akan memberi kesan kepada sosio ekonomi negara.

Item Type: Newspaper
Keywords: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), Usahawan mikro, Kesan PKP, Kesihatan mental, Profit & loss, Incentive planning, Job analysis
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Finance
By Subject > Business & Management > Human Resource
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 12 Jul 2021 16:36
Last Modified: 12 Jul 2021 16:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item