Tambah operasi sektor perniagaan di Fasa 2 PPN

Tambah operasi sektor perniagaan di Fasa 2 PPN. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: Peralihan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) begitu dinantikan peniaga kecil yang kini 'nyawa-nyawa ikan' selepas sebahagian besar tidak dibenarkan beroperasi sebelum ini. Namun, senarai sektor yang dibenarkan beroperasi dalam fasa dua ini ternyata masih belum dapat memulihkan rantaian ekonomi domestik yang sudah 'terputus' sejak beberapa bulan lalu. Presiden Pertubuhan Usahawan Islamiah Malaysia Tengku Imran Tengku Zainal Abidin berkata, kerajaan seharusnya meneliti untuk membuka lebih banyak sektor ekonomi kecil dalam fasa dua itu kerana kebenaran pembukaan yang diberikan kini masih sedikit. Menurutnya, pihak berkaitan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu membuka ruang lebih besar kepada peniaga kecil lain untuk kembali bernafas. "Kedai aksesori dan kedai filem penapis haba kereta serta kedai pakaian masih belum dibenarkan beroperasi sedangkan ia tidak memberikan sebarang implikasi kepada kesihatan dan penularan kluster.

Item Type: Newspaper
Keywords: Usahawan mikro, Incentive planning, Organization performance, Employee well-being
Taxonomy: By Subject > Business & Management > Human Resource
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Business & Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 12 Jul 2021 16:50
Last Modified: 12 Jul 2021 16:50
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item