Sebuah interpretasi "Refleksi”: bayangan dan makna diri

Sebuah interpretasi "Refleksi”: bayangan dan makna diri. Idealogy Journal, 3 (4). pp. 18-20. ISSN 2550-214X (2019)



Abstract

Langkah Hamdan Shaarani bermula sejak tahun 1995, mencorak sifat dan bahasa visual di segenap ruang kanvas miliknya dengan watak alam semula jadi yang dilihat sangat dekat dan sinonim dengan manusia. Ketenangan yang ada pada alam
mampu membuatkan manusia berfikir, menghargai ciptaan Yang Maha Esa dan berfikir tentang keagunganNya. Apabila mengupas interpretasi ‘Refleksi’, Hamdan Shaarani dilihat terus utuh merungkai sifat dan jati diri manusia dalam setiap karyanya. Membawa refleksi imej di atas permukaan air adalah merupakan bayangan dari imej sebenar. Bayangan imej sebegini adalah bersifat sementara dan tidak kekal, ia sentiasa berubah mengikut alunan dan arus air. Cerminan inilah yang ‘dipasak’
kukuh dalam setiap pengucapan dan pengamatan beliau untuk menggambarkan simbolik hidup seseorang individu itu sendiri.

Item Type: Article
Keywords: Art writing, Catan landskap, Painting
Taxonomy: By Subject > Art & Design > Fine Art
By Subject > Art & Design > Visual Culture Studies
Local Content Hub: Subjects > Art & Design
Depositing User: Nur Aqilah Russli
Date Deposited: 01 Oct 2021 23:19
Last Modified: 05 Oct 2021 09:16
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item