Atlet negara dalam ‘gelembung selamat’

Atlet negara dalam ‘gelembung selamat’. [Newspaper] (2021)



Abstract

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Reezal Merican Naina Merican yakin kontinjen Malaysia berada dalam ‘gelembung selamat’ apabila melakukan perjalanan ke Tokyo untuk menghadapi Sukan Olimpik 2020. Katanya, keyakinan itu berdasarkan tinjauan yang dilakukannya sendiri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi melihat persiapan Malaysia Aviation Group (MAG) yang membawa atlet negara ke Tokyo. Beliau berpuas hati dengan protokol ke­selamatan yang digunakan MAG dalam menguruskan atlet serta pegawai Malaysia yang terlibat dalam temasya 23 Julai hingga 8 Ogos itu. Pasukan pelayaran menjadi kumpulan pertama atlet negara berlepas ke Tokyo minggu lalu dan beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN) serta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) juga sudah berada di Jepun bagi menjalankan kerja pentadbiran.

Item Type: Newspaper
Keywords: Sports administration, SOP, Pasukan pelayaran, Sukan Olimpik 2020, Persediaan
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 13 Jul 2021 05:22
Last Modified: 13 Jul 2021 05:22
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item