Penundaan Sukan Sea beri ruang buat persediaan - Haiqal. [Newspaper] (2021)
Abstract
Kuala Lumpur: Jaguh pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi melihat ada hikmah di sebalik penundaan Sukan Sea Vietnam 2021 apabila ia memberi lebih ruang kepadanya membuat persediaan bagi mencapai tahap prestasi terbaik. Haiqal, 22, berkata tempoh tersebut akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memperbaiki kelemahan dalam larian. Menetapkan misi peribadi mengekalkan gelaran raja pecut Asia Tenggara, beliau berharap dapat turun beraksi di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia hujung bulan depan untuk cuba merekodkan kepantasan antara 10.40 saat (s) dan 10.50s, sekali gus melepasi syarat kelayakan masa ke Sukan Sea. "Bagi saya tiada masalah (penangguhan), sebab tahun ini saya pun tidak banyak sertai kejohanan. Jika Sukan Sea diteruskan mengikut jadual asal mungkin saya tidak bersedia sepenuhnya untuk bertanding dalam acara 100m pecut. "Andai kata Kejohanan Terbuka Malaysia dapat dilangsungkan hujung Ogos ini sudah pasti saya akan berikan aksi yang terbaik untuk melayakkan diri," katanya.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Sukan Sea Vietnam 2021, Olahraga, Persediaan, Sports Administration, Performance testing |
Taxonomy: | By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science |
Local Content Hub: | Subjects > Sports Science & Recreation |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 13 Jul 2021 05:30 |
Last Modified: | 13 Jul 2021 05:30 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |