Jurulatih taekwondo digantung tugas

Jurulatih taekwondo digantung tugas. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Jurulatih taekwondo kebangsaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata kurang menyenangkan terhadap seorang atlet wanita telah digantung tugas sementara daripada mengendalikan pasukan bagi membolehkan siasatan dijalankan. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, selepas mendapat arahan daripada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, beliau sendiri telah mengambil tindakan awal menggantung tugas jurulatih terbabit daripada mengendalikan pasukan. Beliau berkata jurulatih itu telah diminta meninggalkan asrama atlet di Bukit Jalil sebagai tindakan awal, selain mengakui ia bukan kali pertama berlaku ketidaksefahaman antara jurulatih dan atlet kyorugi (tempur) tersebut. Katanya, MSN dan Taekwondo Malaysia (TM) akan mendapatkan maklumat mengenai insiden berkenaan dan menjalankan siasatan bersama dalam mencapai penyelesaian terbaik.

Item Type: Newspaper
Keywords: Seni mempertahankan diri, Taekwondo, Atlet kyorugi, Combat sports, Sport counseling, Coaching effectiveness
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Health & Fitness
By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 13 Jul 2021 05:38
Last Modified: 13 Jul 2021 05:38
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item