Zara Habib menang gangsa taekwondo terbuka dunia

Zara Habib menang gangsa taekwondo terbuka dunia. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA TERENGGANU: Murid Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SKSS) 1, di sini, Zara Habib Haniya Mohd Haizal mengharumkan nama negara apabila meraih gangsa pada Kejuaraan Taekwondo Terbuka Dunia bagi kategori bawah 12 tahun yang diadakan secara maya. Kejohanan yang berpusat di United Kingdom (UK) bermula 29 hingga 31 Januari lalu itu dimenangi atlet dari Amerika Syarikat (AS), Kayda Arlon manakala atlet Rusia, Daria Plotnikova meraih perak. Kemenangan Zara Habib, 11, yang berlatih dengan Kelab Taekwondo Teguh (KTT) membuktikan atlet dari Malaysia juga mampu bersaing di pentas dunia biarpun diadakan secara maya berikutan dunia termasuk Malaysia dilanda musibah wabak pandemik COVID-19. Jurulatih KTT, Mohd Salihin Siew Hin Abdullah berkata, kejayaan itu bukan sahaja berjaya mengharumkan nama sekolah dan negeri ini, malah turut menaikkan nama negara di persada antarabangsa.

Item Type: Newspaper
Keywords: Seni mempertahankan diri, Taekwondo, Pencapaian, Talents development, Motivation of participation, Combat sports
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 13 Jul 2021 05:45
Last Modified: 13 Jul 2021 05:48
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item