Tiada atlet karate negara layak ke Tokyo

Tiada atlet karate negara layak ke Tokyo. [Newspaper] (2021)



Abstract

PASUKAN karate Malaysia bakal menyaksikan sejarah sukan itu dipertandingkan buat kali pertama pada Sukan Olimpik dari rumah kerana tiada seorang daripada mereka layak bertanding dalam temasya sukan antarabangsa yang bakal berlangsung di Tokyo, bulan depan. Harapan terakhir negara, R Sharmendran tersingkir selepas tewas 1-5 di tangan Nurkanat Azhikanov dari Kazakhstan dalam pusingan ketiga Repechage pada Kejohanan Kelayakan Karate Olimpik di Paris malam tadi. Juara Piala Dunia Karate1 2014 yang menerima bai dalam pusingan pertama itu memulakan kempennya dalam kategori lelaki bawah 75 kilogram (kg) dengan mengalahkan Pi Jae-yoon dari Korea Selatan pada pusingan kedua dan wakil Cyprus Panayiotis Loizides dalam pusingan ketiga. Bagaimanapun, atlet berusia 28 tahun itu gagal melangkah ke suku akhir selepas kecundang 0-5 kepada peserta akhir, Noah Bitsch dari Jerman memaksa dia bertarung dalam pusingan Repechage.

Item Type: Newspaper
Keywords: Seni mempertahankan diri, karate, Sukan olimpik 2020, Combat sports, Competition
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Martial Arts
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 13 Jul 2021 05:53
Last Modified: 13 Jul 2021 05:53
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item