PSM nanti takraw kembali jadi sukan teras

PSM nanti takraw kembali jadi sukan teras. [Newspaper] (2021)



Abstract

Kuala Lumpur: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) masih menunggu keputusan berhubung jaminan diberikan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), untuk sukan sepak takraw kembali disenarai sebagai antara sukan teras di negara ini. Presidennya Datuk Seri Ahmad Ismail berkata jaminan diberikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada September lalu, disambut baik peminat sukan tradisional itu termasuk guru-guru di sekolah yang menerima tamparan, selepas sepak takraw dikeluarkan daripada senarai sukan teras negara pada 2017. Jelasnya sejak dikeluar daripada senarai sukan teras, usaha memperkasa sukan berkenaan di peringkat akar umbi melalui Pusat Latihan Negeri (PLN) dan Pusat Latihan Daerah (PLD), tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan sekali gus memberi tekanan kepada pihak berkaitan. "Apabila sepak takraw tidak berada dalam senarai sukan teras, PLN dan PLD telah ditutup dan ia adalah antara kilang-kilang yang melahirkan atlet sepak takraw negara sebelum ini. Kita takut satu hari nanti kita kekurangan bakat dalam sukan ini. "Perkara ini juga satu tekanan kepada guru dan pihak sekolah, kerana mereka tiada bajet untuk menyertai kejohanan antarabangsa. Jadi, memang ramai guru mengalu-alukan jaminan diberikan menteri dan kita (PSM) terima maklum balas sangat positif, daripada mereka," katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: sepak takraw, Pengurusan sukan, Sukan tradisional
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Sep 2021 08:25
Last Modified: 07 Sep 2021 08:25
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item