Khabar gembira untuk Jun Hoong, Malaysia

Khabar gembira untuk Jun Hoong, Malaysia. [Newspaper] (2021)



Abstract

KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara, Cheong Jun Hoong akan beraksi di Sukan Olimpik 2020 selepas Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dimaklumkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) mengenai khabar gembira itu. Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang mengesahkan perkembangan itu berkata FINA menyatakan penyertaan Jun Hoong di Tokyo menerusi satu emel. Katanya, FINA bersetuju kembali meletakkan had kelayakan kepada 18 penerjun terbaik berbanding 15 seperti diputuskan baru-baru ini sekali gus membolehkan Jun Hoong kembali menyertai kontinjen negara di negara matahari terbit itu. "Kami sudah menerima emel daripada FINA," kata Norza. "Keputusan itu dibuat (FINA) untuk kembali kepada 18 (penerjun terbaik)... seperti mana yang kami persoalkan kepada mereka dan mereka menerima permohonan kami.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pengurusan sukan, Atlet terjun, Sukan Olimpik
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 07 Sep 2021 08:19
Last Modified: 07 Sep 2021 08:19
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item