Larian maya tarik perhatian terhadap misi kecergasan

Larian maya tarik perhatian terhadap misi kecergasan. [Newspaper] (2021)



Abstract

PETALING JAYA: Acara larian MCIS Life-Malaysia Women Marathon 2021 (MCIS Life MWM 2021) yang berakhir baru-baru ini telah menarik perhatian ramai peserta kali pertama yang cuba untuk menjadikan aktiviti berjalan, joging, berlari dan berbasikal sebagai sebahagian daripada rejim kecergasan harian mereka. Acara tahun ini yang dilaksanakan secara maya, sejajar dengan seruan kerajaan bagi mengelakkan perhimpunan besar, telah menyaksikan penyertaan lebih 1,000 peserta daripada pelbagai usia dalam usaha untuk mencapai matlamat kecergasan individu di era pandemik. "Berdasarkan data selepas acara berkenaan, kami begitu terharu apabila mendapati keputusan kami untuk melaksanakan perlumbaan tahun ini secara maya dan membuka kategori untuk mereka yang mahu berjalan, berlari, joging dan berbasikal selain daripada maraton penuh, diterima dengan begitu baik sekali," kata Pengerusi Program MCIS Life MWM 2021, Karen Loh. MCIS Life MWM 2021 menarik perhatian peserta baru selain peminat setianya menerusi acara bertemakan pemerkasaan wanita ini memandangkan acara berkenaan tidak bersifat persaingan sekali gus menarik perhatian segmen masyarakat yang lebih luas.

Item Type: Newspaper
Keywords: Maraton, Kecergasan, Perlumbaan, MCIS Life-Malaysia Women Marathon 2021
Taxonomy: By Subject > Sports Science & Recreation > Health & Fitness
By Subject > Sports Science & Recreation > Outdoor Recreation
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Management
By Subject > Sports Science & Recreation > Sports Science
Local Content Hub: Subjects > Sports Science & Recreation
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 03 Aug 2021 04:52
Last Modified: 03 Aug 2021 04:52
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item