Isu Covid-19, sasaran kini pelancong tempatan

Isu Covid-19, sasaran kini pelancong tempatan. [Newspaper] (2020)



Abstract

TOURISM Malaysia memberi tumpuan kepada pelancongan domestik bagi merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) yang ketika ini dilihat terganggu oleh isu kesihatan global susulan penularan Covid-19. Ketua Pengarahnya Datuk Musa Yusof berkata, langkah itu mampu meningkatkan pendapatan negara, memandangkan statistik prestasi pelancongan mendapati 86 peratus daripada mereka yang menginap di hotel seluruh negara adalah rakyat Malaysia sendiri. Malah lebih RM70 bilion dibelanjakan oleh pelancong tempatan tahun lalu menerusi aktiviti membeli-belah, hiburan, sukan dan penginapan. Justeru menurutnya, Tourism Malaysia akan memberi fokus kepada dua kategori utama pelancongan domestik, membabitkan percutian keluarga dan syarikat dalam negara yang merancang aktiviti untuk kakitangan mereka. “Pelancongan domestik ini sangat penting kerana ia diusahakan oleh rakyat Malaysia sendiri di mana keluarga besar atau kecil berbelanja dengan melakukan perjalanan dalam negara terutamanya pada musim cuti sekolah, festival dan perayaan untuk melihat tempat-tempat menarik yang terdapat di negara ini. "Selain itu, kita juga menggalakkan syarikat-syarikat untuk mengadakan sesi ‘team building’, hari keluarga mahupun kursus atau latihan kepada pekerja mereka di hotel-hotel yang menawarkan kemudahan lengkap untuk tujuan itu,” katanya semalam.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, Tourism Malaysia, Pelancong tempatan, Covid-19
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Hotel Management
By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Sep 2021 03:38
Last Modified: 09 Sep 2021 03:38
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item