Industri perhotelan rugi lebih RM5 bilion. [Newspaper] (2021)
Abstract
KUALA LUMPUR: Industri perhotelan Malaysia dianggarkan kehilangan pendapatan lebih RM5 bilion tempoh enam bulan pertama tahun ini berikutan sekatan pergerakan bagi membendung penularan pandemik. Anggaran itu berdasarkan kadar penghunian rendah iaitu purata 21 peratus pada Januari, 17 peratus pada Februari dan 27 peratus masing-masing pada Mac serta April lalu yang kebanyakannya adalah bagi keperluan kuarantin. Sementara itu, kadar penghunian pada Mei hanya 18 peratus dan purata bagi bulan ini dijangka di bawah 15 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng, berkata sehingga bulan ini, lebih 91 hotel terpaksa menutup sementara operasinya, manakala dua hotel sudah ditutup sepenuhnya.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Perhotelan, Kadar penghunian, Pengoperasian |
Taxonomy: | By Subject > Hotel & Tourism Management > Hotel Management |
Local Content Hub: | Subjects > Hotel & Tourism Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 03 Aug 2021 04:55 |
Last Modified: | 03 Aug 2021 04:55 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |