Eagle Range kibar bendera putih, solidariti nasib industri hotel

Eagle Range kibar bendera putih, solidariti nasib industri hotel. [Newspaper] (2021)



Abstract

PORT DICKSON: Tular di media sosial baru-baru ini satu video memaparkan sekumpulan pekerja Eagle Ranch Resort, dekat sini yang mengibarkan bendera putih di hadapan pintu masuk resort tersebut. Ramai beranggapan resort tersebut akan ditutup operasi­nya memandangkan keadaan industri perhotelan termasuk di daerah ini yang terjejas ekoran ketiadaan pelawat yang datang menginap akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan larangan merentas negeri dan daerah. Bagaimanapun, Pengurus Ope­rasi Eagle Ranch Resort, Greg Tee berkata, video tersebut hanyalah sebagai tanda solida­riti yang bertujuan menghantar mesej kepada orang awam dan pihak berwajib tentang keadaan industri hotel ketika ini. Tambahnya, kibaran bendera putih itu juga bukan bermaksud resort yang terletak di Jalan Batu 14, Port Dickson itu akan ditutup operasi buat selamanya apatah lagi dengan tujuan mahu meminta bantuan makanan. Jelasnya, idea menerbitkan video berkenaan diperoleh daripada salah seorang pekerja resort itu dan ia kemudian dimuat naik di Facebook resort berke­naan 9 Julai lalu.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri perhotelan, Eagle Ranch Resort, Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Hotel Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 03 Aug 2021 04:59
Last Modified: 03 Aug 2021 04:59
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item