Kami dah lebih setahun ‘berehat'

Kami dah lebih setahun ‘berehat'. [Newspaper] (2021)



Abstract

TELUK INTAN - Situasi pandemik yang belum menampakkan sebarang tanda pemulihan terus menyeksa industri perhotelan khususnya di kawasan bandar kecil seperti di Teluk Intan. Antara hotel yang terpaksa menutup sementara operasi mereka ialah Anson Hotel yang terletak di Jalan Sekolah, Bandar Teluk Intan, di sini, setelah beroperasi lebih 30 tahun.Menurut Eksekutif Pentadbiran Anson Hotel, Ong Wee Chin, sejak Mac tahun lalu, hotel tersebut tidak lagi beroperasi sehingga kini kerana sektor pelancongan tidak dibenarkan berjalan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurutnya, sebahagian pekerja hotel telah berhenti manakala beberapa lagi menukar kerjaya sementara sebagai pekerja ladang bagi memastikan mereka dapat menyara keluarga masing-masing. “Kami di sektor perhotelan ini memang berdepan kesukaran yang besar akibat sektor pelancongan tidak boleh beroperasi. Sejauhmana industri ini boleh pulih dan tempoh masa untuk kembali seperti biasa itu tidak dapat dipastikan. “Bantuan yang diperlukan ketika ini adalah kewangan kerana kerja-kerja penyelenggaraan lif, bilik dan sebagainya masih perlu dibuat walaupun kita tak boleh beroperasi,” katanya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri perhotelan, Teluk Intan, Anson Hotel
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Hotel Management
By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 03 Aug 2021 05:04
Last Modified: 03 Aug 2021 05:04
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item