Antara 120 hotel yang terpaksa ucap 'selamat tinggal'. [Newspaper] (2021)
Abstract
SHAH ALAM - Selepas lebih setahun berdepan pandemik Covid-19, sektor perhotelan negara semakin nazak apabila sekurang-kurangnya 120 buah hotel sudah ‘check out’ daripada bisnes perhotelan sama ada menutup operasi secara penuh atau sementara. Ini kerana sektor perhotelan terus mencatatkan kerugian besar lantaran sekatan rentas negara, negeri dan daerah. Lebih gawat, kerugian tahun ini dijangka lebih besar dan tinggi berbanding tahun lalu apabila setakat separuh tahun pertama 2021, kerugian industri hotel sudah mencecah RM5 bilion. Berbanding tahun 2020, kadar kerugian hotel adalah sebanyak RM6.3 bilion namun untuk tempoh sepanjang tahun. Nasib 3.6 juta pekerja industri hotel terus dihimpit dilema, malah ada yang sudah berhenti kerja apabila mencari kerja baharu termasuk bekerja di ladang.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Industri perhotelan, Check-out, Pekerja industri hotel |
Taxonomy: | By Subject > Hotel & Tourism Management > Hotel Management |
Local Content Hub: | Subjects > Hotel & Tourism Management |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 04 Aug 2021 08:00 |
Last Modified: | 04 Aug 2021 08:00 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |