Lebih 4,000 pekerja hotel mohon dipercepat terima vaksin

Lebih 4,000 pekerja hotel mohon dipercepat terima vaksin. [Newspaper] (2021)



Abstract

GEORGETOWN: Lebih 4,000 pekerja industri perhotelan di Pulau Pinang memohon kerajaan mempercepatkan proses pemberian vaksin Covid-19 kepada pekerja hotel dan penggiat pelancongan supaya mereka dapat kembali beroperasi segera.
Pengurus Besar Hotel Royal, Amran Taib berkata, sektor pelancongan dan perhotelan dijangka dapat dibuka pada fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) namun pekerja hotel termasuk di Pulau Pinang masih tidak menerima vaksin Covid-19. Katanya, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) termasuk MAH Pulau Pinang telah berulang kali memohon pertimbangan kerajaan serta menghantar surat supaya pekerja hotel dapat diberikan keutamaan menerima vaksin Covid-19, namun sehingga kini tiada maklum balas diterima. ”Hampir dua tahun pekerja industri perhotelan berkorban, ada yang dipotong gaji, ada yang tak dapat gaji langsung dan pelbagai lagi terpaksa kami hadapi ekoran pandemik ini. “Kami mohon kerajaan bantu kami dengan percepatkan pemberian vaksin kepada pekerja hotel termasuk lebih 4,000 di Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di Hotel Royal, di sini hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Industri perhotelan, Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Pemilik hotel
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Hotel Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 04 Aug 2021 08:01
Last Modified: 04 Aug 2021 08:01
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item