KPDNHEP kemuka permohonan MKN bantu pengusaha katering

KPDNHEP kemuka permohonan MKN bantu pengusaha katering. [Newspaper] (2021)



Abstract

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengemukakan permohonan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk kebenaran penganjuran majlis perkahwinan dalam skala kecil sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata, ia adalah bagi membolehkan pengusaha katering kembali beroperasi selepas sektor perniagaan itu terjejas malah ada yang sudah gulung tikar. Mengulas lanjut, katanya, antara kelonggaran yang dimohon ialah untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan had kapasiti serendah 250 orang di lokasi awam seperti dewan bagi memastikan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka. "KPDNHEP menerima banyak keluhan daripada pengusaha katering yang tidak dapat beroperasi sejak pelaksanaan PKP dan PKPB. Sehingga kini pengusaha katering terutama yang mengendalikan majlis perkahwinan, jamuan awam serta keraian terjejas pendapatan dan terpaksa menutup perniagaan sejak pandemik COVID-19 melanda negara. "Kita melihat masih ada ruang untuk pengusaha katering dibenarkan beroperasi dan sebagai kementerian yang prihatin, kita akan mengemukakan permohonan kepada MKN dalam masa terdekat ini," katanya ketika program turun ladang bagi meninjau pematuhan SOP sektor perdagangan pengedaran bagi premis restoran dan kedai makan, di sini hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pengusaha katering, KPDNHEP, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA)
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Foodservice Management and Foodservice Entrepreneurship
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 03 Aug 2021 07:36
Last Modified: 03 Aug 2021 07:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item