Astro lancar plug & play box

Astro lancar plug & play box. [Newspaper] (2021)



Abstract

PETALING JAYA – Astro melancarkan kotak televisyen baharu, Astro Ultra Plug & Play Box yang membolehkan pelanggan mengakses semua kandungan yang ditawarkan Astro menerusi sambungan internet. Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad berkata, fungsi dan reka bentuk kotak tersebut hampir sama seperti kotak Ultra dan Ulti yang diperkenalkan hampir dua tahun lalu dan apa yang membezakannya ialah Astro Ultra Plug & Play Box boleh dipasang sendiri secara mudah oleh pengguna. “Produk ini memberikan anjakan baharu dalam penawaran servis kami kerana selama hampir 25 tahun, pelanggan baharu Astro perlu menunggu kakitangan perkhidmatan kami datang dan memasang peralatan di rumah. “Namun dengan Astro Ultra Plug & Play Box baharu ini, pengguna hanya memerlukan sekitar 15 minit untuk memasangnya sendiri di kediaman masing-masing dan hal ini lebih menepati persekitaran norma baharu yang mana masyarakat sekarang agak gusar membenarkan orang luar masuk ke rumah,” katanya pada sesi pelancaran yang diadakan secara maya.

Item Type: Newspaper
Keywords: Televisyen pintar, Technology, Internet of thing
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Miss Nurmaisari binti Che Anuar (Kuala Terengganu)
Date Deposited: 09 Dec 2021 07:41
Last Modified: 09 Dec 2021 07:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item