Program kelab usahawan siswazah tani (myagrosis)

Program kelab usahawan siswazah tani (myagrosis). [Website] (Unpublished)



Abstract

Malaysian Agro Entrepreneurial Club for University Students (MYAGROSIS) diwujudkan pada 17 Disember 2011 untuk pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi memberikan pendedahan dan dorongan kepada mereka menceburi bidang keusahawanan pertanian dan agromakanan. Kelab MYAGROSIS ditubuhkan oleh pelajar IPT dan dibimbing oleh semua Agensi Kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Melalui usaha ini, diharapkan supaya pelajar yang menyertai Kelab MYAGROSIS dapat meneruskan transformasi pertanian dan agromakanan ke arah sektor yang lebih moden, dinamik serta berdaya saing pada masa akan datang.
TUJUAN :
1. Memupuk minat dalam bidang keusahawanan pertanian dikalangan pelajar IPT.
2. Memberi pendedahan asas kepada pelajar IPT dalam bidang pertanian yang boleh dijadikan sebagai pilihan kerjaya yang utama.
3. Memberi kesedaran kepada pelajar IPT tentang peranan dan perhatian Kerajaan terhadap kepentingan golongan belia dan pelajar sebagai pelapis serta pewaris bangsa dan negara dalam kemajuan industri agromakanan negara.
4. Membantu meningkatkan nilai-nilai keusahawanan tani dan asas tani dikalangan pelajar.
5. Mendorong kelahiran usahawan tani yang moden, dinamik dan berdaya saing dikalangan graduan IPT.

Item Type: Website
Keywords: Usahawan siswazah
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Siti Nornafiza Katmidi
Date Deposited: 23 Jul 2020 07:38
Last Modified: 23 Jul 2020 07:48
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item