Peramalan model matematik Covid-19 bantu kerajaan rangka strategi berkesan. Majalah Sains. ISSN 2682-8456 (2021)
Abstract
Istilah Pandemik dan COVID-19 bukanlah satu nama yang asing sejak setahun yang lalu. Pandemik yang melanda di seluruh dunia ini masih tiada kesudahan dan menjadi igauan ngeri buat semua penduduk di dunia. Wabak pada asalnya bermula di Wuhan, China telah tersebar dengan begitu pantas melalui manusia. Pelbagai langkah drastik telah dirangka di seluruh dunia bagi mengekang wabak ini daripada terus menular dengan lebih cepat dan seterusnya dapat mengurangkan angka korban yang direkodkan telah melebihi tiga juta orang di seluruh dunia. Angka jumlah kes harian positif COVID-19 semakin meningkat terutamanya di Malaysia. Anggaran jumlah kes positif wabak COVID-19 perlu diketahui dalam beberapa tempoh tertentu bagi merencanakan langkah-langkah yang produktif dan efektif dalam mengekang wabak ini. Ini dapat dilakukan melalui permodelan matematik yang membawa kepada jangkaan kes yang akan berlaku dalam satu tempoh masa tertentu. Pelbagai model peramalan matematik telah dibangunkan bagi kajian khas untuk kes COVID-19 seperti Model SIR, Ramalan Berulang-Analisis Spektrum Tunggal, Box-Jenkins Analisis Siri Masa dan Pembelajaran Mesin.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Mathematical modeling |
Taxonomy: | By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Mathematics |
Local Content Hub: | Subjects > Computer and Mathematical Sciences |
Depositing User: | Mohd Ismail Zanudin |
Date Deposited: | 08 Dec 2021 09:15 |
Last Modified: | 08 Dec 2021 09:15 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |