Dasar Pembangunan Keusahawanan

Dasar Pembangunan Keusahawanan. [Website] (Unpublished)



Abstract

Aktiviti keusahawanan telah lama diakui sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi di samping bertindak sebagai penggerak utama dalam meningkatkan tahap inovasi, kreativiti dan daya saing sesebuah negara. Dalam konteks negara Malaysia, aspek pembangunan keusahawanan, terutamanya di kalangan masyarakat Bumiputera telah diberikan perhatian yang serius bermula dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Melalui dasar ini pembangunan keusahawanan di kalangan masyarakat bumiputera telah dijadikan sebagai agenda penting negara dalam usaha untuk membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), yang telah dikenal pasti sebagai pendekatan utama untuk menyusun semula masyarakat dan dalam memastikan penyertaan Bumiputera yang lebih aktif dalam pembangunan ekonomi negara.

Pembangunan Keusahawanan khasnya usahawan Bumiputera adalah tertumpu kepada empat kumpulan sasaran iaitu golongan pelajar, siswa/siswazah IPT, serta golongan belia dan wanita. Dalam konteks kumpulan sasar ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berperanan untuk menerajui pembangunan keusahawanan di kalangan siswa/siswazah IPT.

Item Type: Website
Keywords: Pembangunan keusahawanan, Entrepreneurship
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Siti Nornafiza Katmidi
Date Deposited: 23 Jul 2020 07:47
Last Modified: 23 Jul 2020 07:47
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item