Telekomunikasi sepantas adiwira the flash?

Telekomunikasi sepantas adiwira the flash? Majalah Sains. ISSN 2682-8456 (2019)



Abstract

The Flash bukanlah adiwira yang asing bagi kita semua. Kemampuan untuk berlari dengan kelajuan cahaya membolehkan beliau menangkap penjenayah dan penjahat seantero dunia. Berdasarkan teori Albert Einstein, tiada apa yang boleh bergerak lebih cepat daripada kelajuan cahaya dalam vakum. Namun begitu, kelajuan cahaya akan berkurangan sekiranya ia berada di dalam medium berbeza seperti air, udara atau kaca.
Di dalam dunia telekomunikasi, lembar halus yang diperbuat dari kaca dan plastik atau lebih dikenali sebagai gentian optik digunakan untuk membawa cahaya dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Jadi, walaupun realitinya anda tidak dapat bergerak selaju cahaya seperti The Flash, anda masih berpeluang untuk berkomunikasi hampir dengan kelajuan cahaya. Disebabkan kepantasannya, penggunaan cahaya untuk menghantar data, suara dan video lebih digemari sekiranya dibandingkan dengan teknologi terdahulu yang menggunakan elektrik.

Item Type: Article
Keywords: Network performance, Network infrastructure
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Technology and Networking
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Mohd Ismail Zanudin
Date Deposited: 08 Dec 2021 09:28
Last Modified: 08 Dec 2021 09:28
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item