Faktor kritikal kejayaan usahawan dalam perniagaan

Faktor kritikal kejayaan usahawan dalam perniagaan. eBangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 7 (1): 5020. pp. 34-45. ISSN 1823-884x (2012)



Abstract

Dalam artikel ini, kami menganalisis tiga perkara berkaitan keusahawanan iaitu faktor yang mempengaruhi penglibatan usahawan dalam perniagaan, tahap keuntungan yang diperoleh dan faktor kritikal bagi kejayaan usahawan dalam perniagaan diceburi. Seramai 70 usahawan terlibat
dalam kajian ini. Penganalisisan data menunjukkan faktor utama mempengaruhi penglibatan usahawan dalam perniagaan ialah keinginan mencapai kebebasan dan kepuasan, disusuli
pelbagai faktor lain seperti membantu menyara keluarga, ingin kaya, cita-cita, ingin berdikari dan tidak suka bekerja makan gaji. Majoriti usahawan yang dikaji dapat digolongkan sebagai usahawan berjaya berdasarkan keuntungan perniagaan dan keupayaan usahawan mengecap
keuntungan perniagaan selama lebih dari tiga tahun. Analisis pangkatan menunjukkan kejayaan keusahawanan lebih disumbangkan oleh faktor usia semasa memulakan perniagaan, cara pengurusan rekod dan kawalan kewangan, kemahiran perancangan, kemahiran pemasaran dan tahap pendidikan usahawan itu sendiri. Walau bagaimanapun, korelasi Pearson sehala antara faktor kejayaan dengan tahap purata keuntungan dan purata keuntungan industri mendapati hanya empat faktor dapat dianggap sebagai faktor kritikal atau signifikan kepada kejayaan iaitu
pengalaman pengurusan (r=0.312, k<0.05), pengalaman industri (r=0.308, k<0.05), keadaan ekonomi (r=0.265, k<0.05) dan kemahiran perancangan (r=0.251, k<0.05). Kajian menyarankan keempat-empat faktor ini diberi penekanan oleh agensi yang melatih usahawan bagi memastikan bilangan usahawan berjaya dapat ditingkatkan.

Item Type: Article
Keywords: Usahawan, Keusahawanan, Perniagaan, Entrepreneurs
Taxonomy: By Subject > Entrepreneurship > Business Fundamentals
By Subject > Entrepreneurship > Business Planning
Local Content Hub: Subjects > Entrepreneurship
Depositing User: Farleen Azrina Zamberi
Date Deposited: 21 Jul 2020 04:55
Last Modified: 21 Jul 2020 05:12
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item