Sihat sejahtera melalui analitis data raya. Majalah Sains. ISSN 2682-8456 (2018)
Abstract
Analitis data raya terdiri daripada proses pemeriksaan, pembersihan, perubahan, dan pemodelan data dengan matlamat untuk mencari maklumat yang berguna bagi membuat sesuatu keputusan. Di sini, analitis data raya boleh dilihat sebagai suatu ‘peralatan’ (dalam bentuk perisian) sokongan dalam menyokong di dalam sesuatu keputusan melalui maklumat yang dihasilkan. Ini kerana maklumat tersebut bertindak sebagai bukti berkenaan sesuatu perkara yang terlibat dengan keputusan yang hendak dibuat. Analitis data raya juga merupakan gabungan daripada kemahiran menggunakan teknik teknologi maklumat, seperti bahasa pengaturcaraan yang bersesuaian untuk menganalisa data dan ‘seni’ (ataupun kreativiti) dalam memahami maklumat yang terhasil; supaya ia dapat dirumuskan dan diterjemah kepada bentuk visual yang boleh membantu pengguna untuk membuat sesuatu keputusan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Big data, Informative retrieval |
Taxonomy: | By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology |
Local Content Hub: | Subjects > Computer and Mathematical Sciences |
Depositing User: | Mohd Ismail Zanudin |
Date Deposited: | 27 Dec 2021 07:53 |
Last Modified: | 27 Dec 2021 07:53 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |