Kearifan tempatan dan potensinya sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti: Kajian kes komuniti Bajau Ubian di Pulau Mantanani, Sabah

Kearifan tempatan dan potensinya sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti: Kajian kes komuniti Bajau Ubian di Pulau Mantanani, Sabah. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11 (12). pp. 112-128. ISSN 2180-2491 (2015)



Abstract

Pelancongan berasaskan komuniti adalah pelancongan yang bertujuan mencapai pembangunan lestari agar komuniti luar bandar dapat meningkatkan taraf hidup mereka tanpa merosakkan alam sekitar. Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan tarikan pelancongan berasaskan budaya dan alam sekitar di Malaysia. Negeri ini mempunyai lebih daripada tiga puluh etnik suku kaum yang kaya dengan seni dan kebudayaan masing-masing, antaranya ialah suku kaum Bajau Ubian. Kawasan kajian ini dijalankan di Pulau Mantanani kerana keunikan komunitinya yang hampir seratus peratus adalah daripada suku kaum Bajau Ubian. Pulau Mantanani adalah sebuah pulau yang kaya dengan keindahan alam semula jadi manakala komuniti Bajau Ubian pula kaya dengan kearifan tempatan tersendiri. Terdapat enam klasifikasi kearifan tempatan yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan iaitu masakan, kraftangan dan pertukangan, permainan tradisi, kemahiran hidup, seni tarian dan muzik, majlis keraian dan perayaan. Setiap kearifan tempatan ini mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancongan berasaskan komuniti. Justeru, kertas kerja ini akan meneliti potensi kearifan tempatan komuniti Bajau Ubian sebagai tarikan pelancongan di Pulau Mantanani.

Item Type: Article
Keywords: Bajau Ubian, Island community, Local knowledge, Local culture, Native arts, Sustainable tourism, Community Participation, Budaya lokal, Komuniti pulau
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Common Areas
By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Hazrul Amir Tomyang (Puncak Alam)
Date Deposited: 30 Sep 2021 21:57
Last Modified: 30 Sep 2021 21:57
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item