Penggunaan User-Generated Content dalam promosi pelancongan Putrajaya

Penggunaan User-Generated Content dalam promosi pelancongan Putrajaya. Jurnal Wacana Sarjana, 5 (1). pp. 1-20. ISSN 2600-9501 (2021)



Abstract

Semenjak diperkenalkan teknologi Web 2.0, peningkatan dalam bidang industri pelancongan itu kian meningkat disebabkan penglibatan para pelancong terhadap internet dalam menempah penginapan, tiket, dan merancang perjalanan. User-Generated Content (UGC) merupakan kandungan yang dijana pengguna seperti pandangan para pelancong tentang pengalaman mereka sepanjang melawati sesebuah produk pelancongan tersebut. Di dalam kajian ini, adalah bertujuan menganalisis cadangan penawaran produk konvensional yang dijalankan oleh Perbadanan Putrajaya, cadangan penawaran promosi 8P UGC melalui laman web TripAdvisor dan bagaimana UGC memenuhi konsep 8P terhadap pemasaran di Putrajaya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif analisis kandungan iaitu pengumpulan data melalui kandungan yang dijana pengguna di laman web TripAdvisor dengan jumlah kutipan sebanyak 500 kandungan yang dijana pengguna. Kutipan data adalah berdasarkan tarikan utama lokasi-lokasi seperti Masjid Putra, IOI City Mall, Putrajaya Lake, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putajaya Botanical Garden, Putajaya Bridge, Putrajaya Wetlands Park, Seri Perdana, dan Putrajaya International Convention Centre sebagai produk pelancongan di Putrajaya serta dikategorikan lokasi tersebut kepada beberapa jenis pelancongan.

Item Type: Article
Keywords: User-Generated Content (UGC), Word of Mouth, TripAdvisor, 8P Marketing Mix, Web 2.0, Tourism marketing, Konsep campuran pemasaran 8P
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
By Subject > Business & Management > Marketing
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Hazrul Amir Tomyang (Puncak Alam)
Date Deposited: 30 Sep 2021 22:01
Last Modified: 30 Sep 2021 22:03
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item