Mempromosikan pelancongan warisan di Melaka dalam media sosial Tripadvisor

Mempromosikan pelancongan warisan di Melaka dalam media sosial Tripadvisor. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (2). pp. 1-14. ISSN 2600-9501 (2020)



Abstract

Media sosial, terutama pengguna TripAdvisor sering memberikan komentar dan E-Wom tentang
pengalaman mereka mengunjungi sesuatu destinasi, termasuk mempromosikan Tapak Warisan
Dunia Melaka. Tujuan kajian ini untuk mengetahui promosi yang dilakukan oleh E-Wom terhadap
pelancongan warisan di Melaka. Ini kerana berasaskan analisis kandungan ke atas 200 pelancong
maya, hasil kajian mendapati bahawa mereka telah menyumbang dalam mempromosikan Tapak
Warisan Dunia Melaka dalam beberapa aspek yang mengfokuskan kepada warisan itu sendiri. Para
penulis online telah mempromosikan cirian warisan yang terdapat di sepuluh lokasi di Melaka yang
mendapat rating tertinggi di laman sosial TripAdvisor. Berdasarkan hasil E-wom daripada pengguna online suatu analisa tema berdasarkan selling place iaitu 4P iaitu product, price, place dan people manakala selling experience iaitu 4E education, esthetic, escapist dan entertainment digunakan bagi mengetahui promosi pelancongan warisan yang diingini oleh para penulis online. Kajian ini juga menyarankan agar komentar pengguna atas talian menjadi mekanisme yang kukuh dalam mempromosikan pelancongan warisan di Melaka ke persada antarabangsa.

Item Type: Article
Keywords: E-wom, 4P, Tourism marketing, Heritage tourism, TripAdvisor, Media sosial
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Hazrul Amir Tomyang (Puncak Alam)
Date Deposited: 30 Sep 2021 22:22
Last Modified: 30 Sep 2021 22:23
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item