Kepentingan platform data terbuka dalam sektor pertanian negara

Kepentingan platform data terbuka dalam sektor pertanian negara. Majalah Sains. ISSN 2682-8456 (2021)



Abstract

Pada tahun 2014, Kerajaan Malaysia melalui inisiatif Kerajaan Digital telah mengarahkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk melaksanakan pembangunan Portal Data Terbuka Sektor Awam. Portal ini dapat diakses oleh pelbagai agensi kerajaan serta orang awam melalui pautan laman web: www.data.gov.my. Portal ini mempunyai banyak kumpulan data seperti bajet, jenayah, kesihatan dan pertanian. Data ini digambarkan dalam bentuk set data yang disimpan dalam fail seperti Microsoft Excel dan CSV. Jadi, persoalannya adalah, apa sebenarnya data terbuka? Menurut Jason (2014), data terbuka adalah data yang mudah dijangkau oleh pengguna dan biasanya disasarkan kepada orang awam. Dengan memiliki akses kepada data terbuka, rakyat Malaysia akan dapat memahami pencapaian negara berkaitan maklumat daripada kelompok data yang berbeza seperti pertanian, pengangkutan dan pendidikan. Di samping itu, platform jenis ini membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang dari segi memberi pandangan dan maklum balas kepada kerajaan. Namun, data terbuka tidak boleh dikelirukan dengan perkongsian data. Walaupun data terbuka ini dianggap sebagai kebaikan kepada orang awam, perkongsian data di sisi lain adalah data terhad yang dikongsi dengan organisasi tertentu, syarikat bahkan individu sekiranya mendapat persetujuan daripada penyedia data.

Item Type: Article
Keywords: Data raya, Data mining, Big data, Informative retrieval
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Computer Science
By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Information Technology
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Mohd Ismail Zanudin
Date Deposited: 27 Dec 2021 08:31
Last Modified: 27 Dec 2021 08:31
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item