COVID-19 dan pemikiran statistik pelajar

COVID-19 dan pemikiran statistik pelajar. Majalah Sains. ISSN 2682-8456 (2020)



Abstract

Statistik merupakan satu istilah daripada perkataan latin yang memberi maksud keadaan. Statistik terbentuk dari dua disiplin iaitu kajian matematik kebarangkalian dan kajian saintifik untuk membuat kesimpulan daripada data yang mempunyai ralat yang tidak dapat dielakkan. Kebanyakan maklumat mengenai sesuatu perkara atau objek adalah dalam bentuk data. Ketika ini, banyak statistik berkaitan penularan pandemik COVID-19 disiarkan dalam media cetak, media massa mahupun media sosial. Contoh paling jelas ialah statistik harian yang menunjukkan bilangan kes baru jangkitan COVID-19, kes jangkitan kumulatif, jumlah kes sembuh dan discaj dari hospital serta jumlah kematian. Dengan menggunakan ilmu statistik, rakyat Malaysia khususnya golongan pelajar dapat meningkatkan pemikiran statistik mereka dengan mengaitkan ilmu statistik yang mereka ketahui dan pelajari dalam kelas matematik dengan situasi harian mereka khususnya dalam situasi pada hari ini.

Item Type: Article
Keywords: Statistik, Virology, Demographic analysis, Forecasting
Taxonomy: By Subject > Computer & Mathematical Sciences > Statistics
By Subject > Medicine > Microbiology, Immunology
Local Content Hub: Subjects > Computer and Mathematical Sciences
Depositing User: Mohd Ismail Zanudin
Date Deposited: 27 Dec 2021 09:13
Last Modified: 27 Dec 2021 09:13
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item