Keberkesanan laman sesawang dalam mempengaruhi lawatan edupelancongan kampus

Keberkesanan laman sesawang dalam mempengaruhi lawatan edupelancongan kampus. Jurnal Wacana Sarjana, 3 (1). pp. 1-13. ISSN 2600-9501 (2019)



Abstract

Pelancaran edupelancongan oleh Kementerian Pengajian Tinggi telah membuka peluang kepada universiti untuk berkongsi pengalaman kepada orang luar, tidak kira mereka sebagai pelawat atau bakal pelajar di sesebuah universiti itu. Salah satu inisiatif yang digunakan oleh pihak universiti ialah pembinaan laman sesawang edupelancongan. Walau bagaimanapun, dapatan awal menunjukkan bahawa laman ini kurang menarik perhatian awam terutama dalam menggalakkan mereka mengunjungi tapak pembelajaran di sesebuah universiti. Makalah ini bertujuan untuk menganalisis keberkesanan laman sesawang dalam mempromosikan produk edupelancongan berasaskan kerangka 8P. Pemetaan dan penyampaian laman sesawang dikaitkan dengan elemen penting bersandarkan 8P. 8P dalam teknik pemasaran ialah Produk (Product), Harga (Price), Tempat (Place), Promosi (Promotion), Proses (Process), Pengguna (People), Bukti Fizikal (Physical Evidence) dan Produktiviti dan Kualiti (Productivity & quality). Dalam menganalisis laman sesawang, kaedah kualitatif digunakan. Kajian ini telah menganalisis kesemua laman sesawang institut pengajian tinggi awam; melibatkan enam buah universiti yang menubuhkan laman sesawang edupelancongan iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM),Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Hasil kajian mendapati kesemua laman sesawang mengambilkira pemetaan laman sesawang untuk mempromosi dan memperkenalkan produk edupelancongan. UiTM hanya menitikberatkan pencirian produk, pemegang taruh dan produktiviti dan kualiti, manakala UMS pula menitikberatkan pencirian produk, proses, pemegang taruh, bukti fizikal, produktiviti dan kualiti dan promosi. UTM pula memfokuskan dalam pencirian produk, pemegang taruh, bukti fizikal,produktiviti dan kualiti serta promosi. Berbeza dengan UPM dan USM, UPM merangkumi semua pencirian 8P kecuali produktiviti dan kualiti dan pemegang taruh manakala USM merangkumi kesemua pencirian 8P kecuali produktiviti dan kualiti. Bagi UUM, laman sesawang miliknya, merupakan laman sesawang yang tidak begitu produktif di mana UUM hanya menyediakan poster dan tarikh penting program edupelancongan. Kesimpulannya tidak semua universiti mempraktikkan kesemua pencirian 8P dalam membangunkan laman sesawang mereka, sebaliknya lebih menumpukan perincian produk dengan memaparkan galeri dan video untuk menarik minat pelancong.

Item Type: Article
Keywords: Edupelancongan, Laman sesawang, Domestic tourism, Tourism marketing, Online, Special interest tourism
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Hazrul Amir Tomyang (Puncak Alam)
Date Deposited: 30 Sep 2021 22:39
Last Modified: 30 Sep 2021 22:39
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item