Kepuasan dan pengalaman pelajar terhadap edupelancongan kampus

Kepuasan dan pengalaman pelajar terhadap edupelancongan kampus. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (3). pp. 1-16. ISSN 2600-9501 (2018)



Abstract

Edupelancongan adalah suatu perjalanan untuk tujuan pendidikan formal mahupun tidak formal. Edupelancongan juga merupakan pembelajaran sepanjang hayat dalam persekitaran semula jadi, sejarah dan budaya yang unik. Mulanya edupelancongan diperkenalkan di negara-negara maju yang melibatkan pelajar universiti serta pelajar sekolah. Makalah ini bertujuan untuk menilai keberkesanan aktiviti dan pengalaman program edupelancongan hutan hujan tropika yang dianjurkan oleh Edupelancongan UKM Bangi daripada perspektif pelajar sekolah yang telah menyertai program ini. Kajian ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu pengumpulan data melalui pengedaran soal selidik secara persampelan bertujuan. Sebanyak 51 pelajar sekolah rendah yang merupakan peserta Program Edupelancongan di Kampus UKM Bangi terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa aktiviti yang dianjurkan oleh Program Edupelancongan Kampus UKM Bangi telah memberi kesan yang positif kepada pesertanya. Para pesertanya dapat mengenali pelbagai jenis tumbuhan dan mempelajari ekosistem alam semula jadi hutan hujan tropika. Program ini turut memberi pengalaman yang bermakna di samping menambah pengetahuan pelajar sekolah terhadap hutan hujan tropika. Kesimpulannya, aktiviti dalam setiap program yang dianjurkan mempengaruhi keberkesanan serta memberi pengalaman kepada pesertanya. Ini dibuktikan apabila di akhir program, peserta gembira, dan menghayati sikap prihatin dan menyayangi alam semula jadi.

Item Type: Article
Keywords: Edupelancongan, Hutan Hujan Tropika, UKM Campus Bangi, Learning Experience, Student
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Hazrul Amir Tomyang (Puncak Alam)
Date Deposited: 30 Sep 2021 22:42
Last Modified: 30 Sep 2021 22:42
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item