Kesediaan pengusaha dalam membangunkan program pengalaman homestay di Negeri Sembilan

Kesediaan pengusaha dalam membangunkan program pengalaman homestay di Negeri Sembilan. Jurnal Wacana Sarjana, 2 (1). pp. 1-15. ISSN 2600-9501 (2018)



Abstract

Pelancongan homestay di Malaysia telah berkembang dengan baik dan menjadi salah satu sektor pelancongan utama untuk pendapatan negara. Pelancongan homestay ini menjadi pilihan hati kepada pelancong untuk bercuti dan melancong dalam negara. Pada masa kini, pelancong ingin sesuatu yang baru dan berbeza dari kebiasaan ketika melancong. Sebagai respons kepada perkara ini, sektor program homestay ini telah dijenamakan sebagai program pengalaman homestay. Bagaimanapun, timbul tanda tanya apakah para pengusaha sudah mempunyai persediaan untuk berubah kepada tuntutan baru ini. Makalah ini bertujuan untuk mengenalpasti ketersediaan pengusaha dalam menyediakan program pengalaman homestay di Negeri Sembilan. Hasil kajian ke atas lima buah homestay telah mendapati bahawa terdapat ketersediaan itu bergantung kepada pertama, kefahaman ke atas kelebihan tarikan homestay mereka, terutama dari segi pengalaman homestay yang bersandarkan alam sekitar, kebudayaan, adat resam, bahasa dan sejarah. Homestay Pachitan yang terkenal dengan kebudayaan masyarakat Jawa Pachitan dari Jawa Timur yang berasal dari kampung bernama Kampung Pachitan. Homestay Klawang dikenali dengan khazanah alam sekitar yang tidak ternilai harganya yang mana sungai berdekatan datang dari jeram air terjun melalui Banjaran Titiwangsa Malaysia. Secara mendalam kesediaan pengusaha homestay menekankan rumah/aset, pengetahuan/kemahiran dan kepimpinan. Dari sudut komuniti, kepentingan faktor sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologi. Faktor kesediaan pengusaha juga berkait rapat dengan sokongan kerajaan/agensi dengan 3 indikator iaitu governans, insentif dan jaringan.

Item Type: Article
Keywords: Pelancongan homestay, Pengusaha, Government / Agency, Community involvement, Tour planning and guest experience, Homestay, Domestic tourism
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Hazrul Amir Tomyang (Puncak Alam)
Date Deposited: 30 Sep 2021 22:51
Last Modified: 30 Sep 2021 22:55
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item