Mitos dan lagenda Tasik Chini sebagai produk pelancongan

Mitos dan lagenda Tasik Chini sebagai produk pelancongan. Jurnal Wacana Sarjana, 1 (1). pp. 1-25. ISSN 2600-9501 (2017)



Abstract

Bentuk Pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kepelbagaian produk dalam pelancongan dapat meningkatan jumlah kedatangan pelancong dan pertumbuhan ekonomi dalam negara. Oleh itu, pelbagai produk baru perlu diketengahkan dalam sektor pelancongan bagi menggalakkan jumlah kedatangan pelancong. Kajian ini meneliti penggunaan unsur mitos dan lagenda dalam konteks pelancongan semasa dan menganalisis perspektif komuniti mengenai peluang-peluang membangunkan mitos dan lagenda Tasik Chini sebagai produk pelancongan. Kajian ini melibatkan komuniti setempat yang melibatkan tiga buah kampung iaitu Felda, Kampung Baru Salong dan perkampungan Orang Asli Kampung Gumum. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa status penggunaan unsur mitos dan lagenda di Tasik Chini berada pada tahap sederhana dan perlu ditambahbaik lagi. Kajian ini juga mendapati tahap pengetahuan komuniti setempat mengenai mitos dan lagenda Tasik Chini adalah tinggi. Selain itu, terdapat juga peluang-peluang yang boleh diperolehi oleh komuniti setempat dari aspek ekonomi, sosial dan persekitaran sekiranya unsur mitos dan lagenda ini dipakejkan dalam pelancongan di Tasik Chini.

Item Type: Article
Keywords: Pelancongan budaya, Produk pelancongan, Myths and legends, Tourism products, Tasik Chini, Domestic tourism
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Hazrul Amir Tomyang (Puncak Alam)
Date Deposited: 30 Sep 2021 22:59
Last Modified: 30 Sep 2021 22:59
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item