Pantai Merdeka sebagai pantai pelancongan mesra keluarga dalam pelancongan luar bandar

Pantai Merdeka sebagai pantai pelancongan mesra keluarga dalam pelancongan luar bandar. Jurnal Wacana Sarjana, 1 (1). pp. 1-24. ISSN 2600-9501 (2017)



Abstract

Sektor pelancongan merupakan sektor yang sangat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. Pelancongan pantai adalah merupakan salah satu tarikan yang unik dalam industri ini kerana keadaan pantai semula jadi yang cantik telah menarik minat pelancong baik dari dalam maupun dari luar negara untuk datang melancong ke negara ini. Pengenalan konsep pantai pelancongan mesra keluarga merupakan satu strategi pelancongan dalam membangunkan sesebuah pantai yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk kepuasan seisi keluarga apabila memilih pantai sebagai destinasi bercuti. Malah pembangunan pantai di di kawasan luar bandar juga perlu diberi perhatian dalam membangunkan sesebuah kawasan. Dalam negara-negara membangun, pelancongan pantai di kawasan bandar lebih menjadi tumpuan dalam kalangan pelancong domestik mahupun luar negara ekoran daripada fungsi bandar yang pelbagai dan aktiviti promosi yang giat dijalankan untuk tarikan pelancong berbanding pantai-pantai di kawasan luar bandar. Namun begitu, terdapat pantai-pantai di luar bandar juga mempunyai daya saing untuk dibangunkan. Hal ini dapat dinilai melalui jumlah kedatangan pengunjung yang ketara dalam pelancongan pantai di luar bandar dengan bajet yang berpatutan. Namun, kajian mengenai pantai pelancongan mesra keluarga dalam pelancongan luar bandar seperti Pantai Merdeka masih kurang diselidiki. Malah banyak lagi pantai-pantai di luar bandar yang berpotensi untuk pembangunan pelancongan. Namun masih kurang dimajukan potensi pelancongan sedia ada. Kajian ini bertujuan untuk melihat penawaran oleh Pantai Merdeka sebagai pantai pelancongan mesra keluarga dalam pelancongan luar bandar. Berdasarkan kaedah persampelan purposive, sebanyak 300 pelancong domestik telah memberikan kerjasama dalam kajiselidik ini. Kajian ini memberi tumpuan kepada dimensi aktiviti, produk, ruang dan governans dalam menentukan tahap pantai pelancongan mesra keluarga. Hasil kajian mendapati keseluruhan atribut menyumbang dalam membangunkan konsep pantai pelancongan mesra keluarga. Kajian ini mendapati pelancong menerima Pantai Merdeka sebagai pantai pelancongan mesra keluarga apabila diaplikasikan dalam pelancongan luar bandar. Dicadangkan konsep ini digunapakai bukan sahaja untuk memenuhi pihak penyedia pelancongan tetapi juga untuk memenuhi keperluan pelancong di peringkat local dan juga di kawasan luar bandar.

Item Type: Article
Keywords: Pantai pelancongan, Produk pelancongan, Dimensi aktiviti, Beach family-friendly tourism, Space and government, Beach tourism, Domestic tourism
Taxonomy: By Subject > Hotel & Tourism Management > Tourism Management
Local Content Hub: Subjects > Hotel & Tourism Management
Depositing User: Hazrul Amir Tomyang (Puncak Alam)
Date Deposited: 30 Sep 2021 23:04
Last Modified: 30 Sep 2021 23:04
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item